Di dalam diri seseorang yang paling jahat sekalipun.. Dalam seluruh kehidupannya bergelimang dosa.. Tak punya agama.. Tak percaya Tuhan.. Apakah ia tak punya harapan?.. Sesungguhnya sehitam apapun warna kehidupannya.. Ia tetap masih memiliki setitik terang kebajikan
Berilah harapan kepada siapapun juga dan tidak merendahkannya.. Apalagi sampai mengutukinya.. Sebagai penghuni neraka.. Kerana dalam setiap diri pasti tersimpan terang dan hati nurani.. Yang seketika bisa merubah menjadikannya orang suci
Begitu pula yang merasa dirinya suci.. Telah bertaqwa sepenuh hati.. Merasakan syurga telah menjadi miliknya yang pasti.. Benarkah seluruh hidup kita telah bersih?
Janganlah bermegah hati.. Mengangkat diri menjadi hakim yang selalu menghakimi.. Pada saat itu sesungguhnya satu titik gelap telah kita miliki
Sedarkah?
Bahawa seketika itu juga telah menodai kesucian dan taqwa .. Alangkah meruginya kalau begitu! Masih tersedarkan.. bahawa masih ada setitik noda hitam pada diri ?
No comments:
Post a Comment